Alatan percuma
Pengubah Saiz Imej Ringkas
Imej yang dioptimumkan untuk web
Gunakan Pengubah Saiz Imej Shopify dan optimumkan imej digital anda bagi mendapatkan saiz dan konfigurasi yang sempurna. Sama ada untuk profil media sosial, foto produk bagi kedai dalam talian anda atau surat berita, pengubah saiz dan pengoptimum imej yang pantas serta mudah ini akan memudahkan kerja anda.
Tambah imej anda (maksimum 10) dengan menyeretnya ke sini atau klik di bawah untuk menyemak imbas daripada peranti anda.
Pilih saiz yang ingin anda eksport (maksimum 8):
Sila muat naik sekurang-kurangnya satu imej untuk diubah saiz.
Soalan Lazim
Alat pengubah saiz imej Shopify membolehkan anda melaraskan imej digital anda dengan mudah supaya sesuai dengan pelbagai kegunaan. Sama ada anda memerlukan imej untuk profil media sosial, foto produk untuk kedai dalam talian anda atau e-surat berita yang menarik perhatian, alat pengubah saiz imej kami yang pantas dan mesra pengguna ini memudahkan proses tersebut. Untuk bermula:
- Muat naik imej anda (Satu imej pada satu-satu masa pada peranti mudah alih, maksimum 10 imej pada komputer meja)
- Pilih saiz yang anda ingini, contohnya: IG | Story: 1080 x 1920
- Pratonton imej anda yang telah diubah saiz dengan menatal ke bawah
- Muat turun imej anda dengan hanya satu klik
Pengubah saiz imej dalam talian ialah alat percuma yang ditawarkan oleh Shopify kepada perniagaan. Ini bermakna tiada kos untuk menggunakannya dan anda boleh mengubah saiz seberapa banyak imej yang anda mahu.
- Menjimatkan masa: semakin besar saiz fail imej, semakin lama masa yang diambil untuk memuatkan halaman.
- Menunjukkan perkara yang mahu anda tunjukkan: jika imej terlalu besar atau terlalu lebar mahupun sempit bagi aplikasi tertentu yang sedang anda gunakan, aplikasi selalunya akan melaraskan imej tersebut untuk anda, lantas mungkin memotong bahagian penting pada imej yang mahu anda paparkan.
- Memanfaatkan Pengoptimuman Enjin Carian (SEO): fail imej bersaiz (dan dinamakan) dengan betul membantu prestasi enjin carian laman web anda.
- Kelihatan profesional: imej bersaiz betul memberikan wajah yang profesional kepada perniagaan anda.
Ya, kualiti imej itu sendiri akan terjejas apabila anda mengubah saiznya. Walau bagaimanapun, jika imej beresolusi tinggi bersaiz sesuai untuk aplikasi khusus yang digunakan (cth. media sosial), kualiti imej tersebut sepatutnya memadai. Jika anda bermula dengan imej beresolusi rendah, pengubahan saiz boleh menjejaskan kualitinya. Apabila anda bekerja dengan imej web, sebaik-baiknya anda menggunakan “resolusi standard” iaitu 72 PPI.
- Kunjungi pengubah saiz foto dalam talian seperti Shopify
- Muat naik foto yang ingin anda ubah saiznya
- Pilih saiz imej yang anda perlukan
- Muat turun imej anda yang telah diubah saiz dan mula menggunakannya serta-merta
Sudah tentu! Pergi ke halaman alatan kami untuk menemukan lebih banyak alat percuma, termasuklah: penjana kod QR dan penjana kod bar.