Analisis dan pelaporan

Buat keputusan perniagaan yang bijak dengan pantas

Data masa nyata dan boleh diharap tentang kedai anda, persediaan tidak diperlukan
Carta dengan data prestasi jualan yang tertera 'Sesi mengikut peranti'.Carta dengan data prestasi jualan yang tertera 'Pelanggan dari masa ke masa'.Carta dengan data prestasi jualan yang tertera 'Jumlah jualan'.Carta dengan data prestasi jualan yang tertera 'Jualan kasar mengikut negara'.Carta dengan data prestasi jualan yang tertera 'Jualan mengikut nama produk'.Carta dengan data prestasi jualan yang tertera 'Jualan kasar mengikut peranti'.Carta dengan data prestasi jualan yang tertera 'Sesi mengikut negara'.Carta dengan data prestasi jualan yang tertera 'Sesi dari masa ke masa'.

Pelaporan yang pantas, fleksibel dan relevan

Laporan prabina untuk perdagangan

Akses laporan binaan Shopify yang direka bentuk untuk cerapan perdagangan. Fahami prestasi kedai anda dengan serta-merta tanpa kerja tambahan diperlukan, agar anda boleh bertindak balas dengan lebih pantas dan membuat pengoptimuman.
Lihat laporan

Penerokaan data yang lebih mendalam

Ubah suai laporan prabina atau cipta laporan anda sendiri dari awal untuk menjawab soalan khusus tentang perniagaan anda. Tambahkan lapisan metrik dan dimensi lain untuk meneliti laporan anda dengan lebih mendalam dan mendapatkan data tepat yang anda cari.
Mula meneroka

Pemantauan masa nyata

Jangan terlepas sebarang perubahan dalam prestasi kedai anda dengan kemas kini data masa nyata pada papan pemuka anda dan merentasi semua laporan. Seret, lepaskan dan sesuaikan papan pemuka anda untuk melihat metrik anda yang paling kritikal sepintas lalu, dan buat keputusan tepat pada masanya sebagai tindak balas kepada perubahan dalam data anda.
Lihat papan pemuka anda

Semak semua analisis penting anda di satu tempat

Kolaj dengan seutas barang kemas dan graf bar jualan kasar mengikut negara, dilapiskan dengan graf garis jumlah jualan mengikut bulan.

Jualan

Ketahui jumlah pendapatan yang dijana oleh kedai anda merentasi berbilang saluran.
Kolaj dengan graf kadar penukaran kedai dalam talian, dilapiskan dengan seutas barang kemas dan tetingkap timbul pesanan yang mengatakan “Terima kasih!”

Kadar penukaran

Fahami perkara yang diperlukan agar pelawat tapak menjadi pelanggan.
Kolaj dengan graf bulatan sesi mengikut peranti yang dilapiskan dengan graf bar sesi mengikut negara, berserta imej kecil bendera Kanada, U.K. dan A.S.

Sesi

Lihat trafik tapak yang diterima oleh kedai anda dan dari mana pelawat anda datang.
Pergi ke papan pemuka anda
Gambar paras dada Ruby Friel, iaitu pengasas perniagaan yang dipanggil Still Life Story.

Dengan menggunakan analisis dan pelaporan Shopify untuk mengenal pasti produk terlaris dan arah aliran jualan, kami telah berjaya meningkatkan hasil kami tahun demi tahun sebanyak 50% pada musim Krismas.

Ruby Friel, Pengasas, Still Life Story 

Gambar paras dada Shelby Adams, iaitu pengurus operasi perniagaan yang dipanggil Cleverhood.

Mencipta papan pemuka tersuai membolehkan kami menumpukan pada prestasi produk teras kami tanpa perlu mengeksport dan membersihkan data. Hal ini membolehkan kami kekal tangkas dan reaktif.

Shelby Adams, Pengurus Operasi, Cleverhood 

Item pakaian dan dua graf: carta garis yang menunjukkan jualan yang dikaitkan dengan pemasaran, dan carta kedua yang memaparkan saluran pemasaran teratas seperti Google, TikTok dll.

Pengukuran pemasaran

Urus pemasaran berbilang saluran anda dengan menguruskan aktiviti pemasaran seperti e-mel, sosial, iklan dan trafik organik ke dalam Kempen serta menjana pautan boleh kongsi dan kod QR yang mengaitkan trafik dan jualan ke dalam Kempen yang betul secara automatik. Gunakan laporan saluran pemasaran untuk lebih memahami saluran teratas, atribusi, kos pemerolehan pelanggan, pulangan ke atas perbelanjaan iklan.
Seluar pendek dan kemeja di hadapan carta garis jualan bersih, dengan tetingkap timbul yang memaparkan data purata, tanda aras dan median kedai khusus tarikh.

Tetapkan tanda aras kedai anda berdasarkan kedai serupa merentasi Shopify

Manfaatkan cerapan platform agregat Shopify untuk memahami dan membandingkan prestasi perniagaan anda dengan perniagaan serupa pada Shopify.

Pengukuran yang berkembang selari dengan perniagaan anda

Sambungkan ke data anda

Akses data anda di mana-mana jua anda perlukannya melalui API kami atau sambungkan ke penyepaduan analisis yang tersedia dalam kedai aplikasi kami.

Tulis pertanyaan tersuai

Buat pertanyaan tentang data anda menggunakan penyunting pertanyaan terbina dalam dan ShopifyQL, iaitu bahasa pertanyaan kami yang direka bentuk untuk perdagangan, yang tersedia dalam setiap laporan. Tidak tahu atau lebih suka untuk tidak mengekod? Biar Sidekick, pembantu AI Shopify, yang menulis pertanyaan untuk anda.

Akses lebih banyak aplikasi

Manfaatkan ekosistem aplikasi dan rakan kongsi Shopify untuk memenuhi semua keperluan data tambahan dan pengukuran anda.
Kolaj subang emas, logo aplikasi Google dan Meta, serta tetingkap timbul komputer yang memaparkan data mentah untuk menyambungkan API.

Mula mengukur dengan Shopify hari ini

Cuba Shopify secara percuma dan terokai semua alat berserta perkhidmatan yang anda perlukan untuk memulakan, mengurus dan mengembangkan perniagaan anda.