Jualan antarabangsa
Berkembang ke seluruh dunia
Jual kepada lebih ramai pembeli di lebih banyak rantau di platform perdagangan global Shopify.
Tidak mempunyai kedai Shopify? Mulakan secara percuma







*Data jualan antarabangsa berdasarkan sampel daripada 567 jenama menurut penyelidikan yang ditauliahkan oleh Shopify daripada EY.

Alat jualan antarabangsa Shopify telah banyak memudahkan kami untuk melaksanakan penukaran mata wang dan mengemaskinikan harga produk semasa kami membuat pelancaran di pasaran baharu.
Pasaran ialah sekumpulan pelanggan yang anda tentukan—lazimnya berdasarkan negara, rantau atau jenis pelanggan. Dengan Shopify Markets, anda boleh mencipta pasaran untuk pembeli runcit mahupun pembeli B2B, menetapkan mata wang dan harga tempatan, memilih produk yang tersedia, serta menyesuaikan pengalaman laman kedai anda untuk setiap pasaran. Anda akan mengkonfigurasi dan mengurus semua tetapan ini.
Ketahui lebih lanjut tentang penyesuaian pasaran.
Jika anda berada di rantau yang layak dan menjual produk secara terus kepada pengguna, Shopify Managed Markets ialah cara terpantas memulakan jualan. Penyelesaian ini mengautomasikan sebahagian besar tugas dan risiko jualan rentas sempadan melalui perkhidmatan merchant of record (yang menguruskan cukai asing dan yuran import), memberikan perlindungan ke atas caj balik yang layak, dan menawarkan pelarasan harga automatik bagi membantu untuk mengekalkan margin yang konsisten merentasi pasaran.
Bagi pedagang di luar rantau yang layak, Shopify Markets membolehkan anda membuat jualan antarabangsa melalui mana-mana pelan. Anda mengkonfigurasi sendiri mata wang tempatan, penetapan harga khusus pasaran, terjemahan, serta duti dan cukai import.