Shopify vs. WooCommerce
Perdagangan beroperasi pada platform—bukan pemalam
Antara penukaran yang kukuh, kecekapan kos dan inovasi perintis pasaran, semua data menuju kepada satu kesimpulan: Shopify sedang mendahului perlumbaan perdagangan
Tumbesaran beribu-ribu jenama telah melepasi keupayaan WooCommerce
Jenama mula beralih kepada Shopify—platform perdagangan global yang paling boleh diharap untuk mengembangkan perniagaan anda.
Terjamin selamat dan boleh diharap
Beroperasi pada infrastruktur global Shopify
Shopify menyediakan anda dengan penyulitan terjamin selamat, kawalan akses, sandaran data dan keselamatan rangkaian—supaya anda boleh memfokuskan pertumbuhan jenama anda. Dengan platform sumber terbuka seperti WooCommerce, pasukan anda sendiri yang bertanggungjawab terhadap pengehosan, pematuhan PCI dan kemas kini perisian—lalu meningkatkan potensi ancaman keselamatan siber.
33
Kerentanan yang dilaporkan pada WooCommerce pada tahun 2023, menonjolkan risiko keselamatan bagi jenama
99.9%
Purata masa operasi Shopify memastikan kedai dalam talian sentiasa boleh diakses oleh pelanggan.
Shopify mempunyai kelajuan pelayan terpantas dalam dunia perdagangan
Kelajuan laman yang lebih pantas memberi kesan kepada segala-galanya—daripada hasil kepada operasi. Ukur prestasi laman anda untuk melihat perkara tersebut boleh mempengaruhi jualan anda dan perbandingannya dengan persaingan.
Dapatkan laporan tersuai andaTCO yang lebih baik
Lebih cekap di Shopify
Jumlah kos pemilikan (TCO) Shopify adalah 36% lebih baik berbanding dengan WooCommerce. Daripada yuran platform yang kompetitif hingga kepada keringkasan dan kemesraan pengguna platform, Shopify ialah platform pilihan untuk perniagaan yang ingin meningkatkan kecekapan operasi mereka.*
TCO 36% lebih baik pada Shopify berbanding dengan WooCommerce, secara purata

Berbanding dengan Shopify, WooCommerce mempunyai:
49%
Kos pelaksanaan dan persediaan yang lebih tinggi, secara purata
32%
Yuran platform dan kos timbunan e-dagang yang lebih tinggi, secara purata
41%
Kos operasi yang lebih tinggi, secara purata
Boleh guna dan tangkas
Satu pemalam tidak sepatutnya menguasakan seluruh perniagaan anda
Melalui antara muka mesra pengguna, Shopify merangsang ketangkasan yang membolehkan perniagaan anda menyesuaikan dan bertindak balas kepada trend pasaran semasa anda sedang berkembang. Pasukan anda boleh menguruskan laman kedai anda dengan mudah, biarpun tanpa kepakaran teknikal. Sebaliknya, WooCommerce beroperasi sebagai pemalam untuk laman WordPress anda, yang memerlukan pemalam tambahan untuk mempertingkatkannya. Walau bagaimanapun, pemalam tidak selalunya berfungsi dengan baik secara bersama-sama apabila disepadukan pada WooCommerce—lalu menyebabkan pasukan anda bergantung pada pembangun walaupun untuk perubahan kecil.
BERGERAK LEBIH PANTAS TANPA GANGGUAN
Ketangkasan sepenuhnya, tiada hutang teknikal
Perkasa jurutera anda untuk berinovasi dengan mengusahakan penyelesaian prabina Shopify. Hapuskan hutang teknikal dan keperluan untuk pembangunan tersuai pada WooCommerce. Pada Shopify, anda boleh mempercepat inovasi perniagaan dengan mengurangkan masa yang diluangkan ke atas pelaksanaan dan penyelenggaraan.
Lebih keupayaan
Dapatkan lebih banyak keupayaan tersedia secara terus pada Shopify
Shopify mempunyai set lengkap keupayaan perdagangan terbaik dalam kelasnya yang akan menyokong perniagaan anda tidak kira apa-apa jua rancangan pertumbuhan anda. Ciri pada Shopify seperti B2B lanjutan, konfigurasi produk dan alat pemasaran hanyalah sebahagian daripada ciri yang kami akan sediakan untuk perniagaan anda—tanpa sebarang hutang teknikal.
100%
Shopify bertumpukan perdagangan
200+
Penambahbaikan dan kemas kini produk pada tahun lalu sahaja
RAKAN KONGSI E-DAGANG YANG DIPERCAYAI
Kepakaran Shopify sangat mudah ditemui
Beratus-ratus agensi dan rakan kongsi global sangat mahir tentang Shopify untuk membantu menyokong perniagaan anda. Quickfire Digital, Rakan Kongsi Shopify, membangunkan sebuah panduan tentang sebab bertukar daripada WooCommerce kepada Shopify akan memberi kelebihan kepada perniagaan anda yang semakin berkembang. Seorang lagi rakan kongsi Shopify, Fyresite, telah mengeluarkan dokumen ringkas yang menyatakan sebab mereka tidak mahu menggunakan WooCommerce lagi.
Berbilion-bilion
Dilaburkan untuk menambah baik platform Shopify bagi pelanggannya
800+
Ciri dan penambahbaikan Shopify yang ditambahkan sejak tahun 2020
Pengesahan penganalisis
Pakar memilih Shopify

Peneraju 2024 dalam Gartner® Magic Quadrant™
70%
Syer pasaran Shopify bagi 800 jenama DTC global yang teratas
83%
Jumlah jenama pakaian yang semakin meningkat pada Shopify, menurut 2PM

Gartner® Magic Quadrant™
Shopify sekali lagi menjadi Peneraju dalam Gartner® Magic Quadrant™ 2024
Shopify meneruskan tradisi kecemerlangan dan inovasi kami dalam bidang perdagangan dengan dinamakan sebagai Peneraju bagi tahun ke-2 berturut-turut dalam Gartner® Magic Quadrant™ 2024.
Baca laporan
21 Ogos 2023

2PM
2PM melaporkan lonjakan jenama yang menggunakan Shopify berbanding dengan WooCommerce
Talian berita 2PM telah mengaudit teknologi 60+ jenama pakaian yang kian meningkat dari seluruh dunia baru-baru ini. Hasil penemuan mereka? 55 daripada jenama tersebut, atau 83%, berada di Shopify, manakala 3% daripadanya ialah pelanggan WooCommerce.
Baca laporan
November 2023

IDC
IDC mengatakan bahawa Shopify “sedang membentuk semula konsep perdagangan perusahaan”
Pada Sidang Kemuncak Rakan Kongsi Perusahaan Shopify di Los Angeles, IDC membuat kesimpulan bahawa “langkah berani ke dalam sektor perusahaan” oleh Shopify “sedang membentuk semula konsep perdagangan perusahaan” dan “mencabar pemain perusahaan yang ditubuhkan dengan keupayaan ‘perdagangan disatukan’.”
Baca laporan
4 Oktober 2023

SUARA TERKEMUKA
Rick Watson menyatakan bahawa masa depan e-dagang adalah antara Shopify dengan Commercetools
Pada audio siar Your Basket Is Empty, Rick Watson meramalkan bahawa Shopify akan menjadi pemain e-dagang utama pada masa akan datang.
Dengar episod penuh
4 Oktober 2023
Rakan kongsi migrasi
Lakukan migrasi dengan ekosistem rakan kongsi perdagangan terbesar yang wujud
Mahu melakukan migrasi daripada WooCommerce? Rakan Kongsi Shopify boleh membantu anda. Biarkan rakan kongsi global kami membantu anda merintis laluan kepada pertumbuhan anda.
10,000+
Rakan kongsi aplikasi dan teknologi
100+
Rakan Kongsi Aplikasi Bertauliah Shopify Plus
Rakan kongsi migrasi WooCommerce pilihan
SHOPIFY VS. WOOCOMMERCE
Mahukan hasil yang lebih baik? Bertukarlah kepada Shopify
Daripada hasil yang lebih tinggi hingga kepada inovasi yang berterusan, pelanggan dan penganalisis bersetuju bahawa Shopify sememangnya pilihan yang terbukti berkesan.