Shopify berbanding dengan GoDaddy
Terokai platform berbilang ciri yang sedia mengendalikan kerumitan perniagaan dan melonjakkan pencapaian anda ke tahap baharu dengan Shopify.

Sertai jenama terkemuka yang dikuasakan oleh Shopify
Urus mengikut gaya anda
Jalankan perniagaan, mengikut gaya anda sendiri
Terokai alat Shopify yang berkuasa untuk menyesuaikan jenama anda atau menjalankan pejabat belakang anda dengan cara yang lebih lancar berbanding dengan sebelum ini.

Lebihkan jualan
Lebihkan jualan dengan halaman pembayaran yang memacu penukaran paling berkesan
Halaman pembayaran Shopify melonjakkan penukaran pada purata 15% dan fungsi ini terbina dalam setiap kedai. Padatkan fungsi ini dengan ciri yang digemari oleh para pelanggan seperti pembayaran ekspres, diskaun, kad hadiah serta pengambilan tempatan dan penghantaran.

Mula menjual pada harga USD 1
Dapatkan pulangan sehingga USD 7,000 dalam bentuk kredit
Anda bersetuju untuk menerima e-mel pemasaran Shopify.
Tingkatkan skala tanpa kompromi
Nikmati lebih penjimatan wang dalam simpanan anda
Lakukan penjimatan pada kos jumlah pemilikan dan raih pulangan pelaburan yang lebih tinggi sewaktu menskalakan perniagaan—tanpa perlu menjejaskan keuntungan anda.

Cari pelan Shopify yang terbaik untuk anda
Sama ada anda mempunyai idea baharu yang ingin anda terokai atau jika anda bersedia untuk menjual di seluruh dunia, terdapat pelan Shopify yang sesuai dengan anda. Semak pelan dan harga.
Dapatkan lebih banyak ciri
Teknologi yang berkembang bersama anda
Gaya perdagangan kini telah pun berubah namun Shopify sentiasa menumpukan sepenuh perhatian dalam membantu agar anda tidak ketinggalan dalam dunia yang sentiasa berkembang ini. Hasil keazaman serta komitmen ribuan jurutera, Shopify melancarkan kemas kini alat perdagangan tidak terkira banyaknya secara tahunan—bermula daripada ciri mengintegrasikan AI merentasi platform, hinggalah kepada penawaran alat jualan omnisaluran.
Shopify Editions
Semua kemas kini yang terbaharu, semuanya di satu tempat
Kami sentiasa mengembangkan platform global hebat kami untuk menjadikan perdagangan lebih baik bagi semua orang. Kini, kami menerbitkan ringkasan semua perkara yang telah kami bina dalam Editions sebanyak dua kali setahun.
Pindahkan data anda
Buat migrasi mengikut gaya anda
Terdapat pelbagai cara untuk memindahkan data anda ke Shopify. Pilih langkah yang berkesan untuk anda mengikut keperluan perniagaan anda.


Untuk perniagaan yang lebih kecil
Bermigrasi secara manual
Untuk pendekatan yang lebih ringkas, pindahkan data kedai anda secara manual menggunakan fail CSV. Hal ini akan mengimport produk dan pelanggan ke kedai Shopify baharu anda.
- Perhatikan bahawa sesetengah data seperti pesanan dan siaran blog tidak boleh dipindahkan dengan cara ini.
- Salin teks daripada halaman kedai semasa anda dan tampalkannya dalam kedai Shopify baharu anda di tempat yang anda perlukan.

Untuk persediaan pantas
Berpindah dengan aplikasi migrasi
Bermigrasi ke kedai anda dengan pantas. Gunakan aplikasi migrasi pihak ketiga daripada Shopify App Store.
- Pindahkan data kedai yang penting, termasuklah produk, pesanan, pelanggan, ulasan dan banyak lagi.
- Kekalkan SEO dan integriti keseluruhan kedai anda sepanjang migrasi.

Untuk perniagaan besar
Upah Rakan Kongsi Shopify
Bekerjasama dengan Rakan Kongsi Shopify untuk mengurus dan melengkapkan migrasi anda.
- Bekerjasama dengan Rakan Kongsi Shopify yang pakar dalam migrasi untuk industri dan saiz anda.
- Sesetengah rakan kongsi mungkin menggunakan API Shopify untuk mencipta penyelesaian migrasi tersuai yang disesuaikan dengan keperluan anda.

Sokongan pelanggan
Sokongan 24/7
Dapatkan bantuan pada bila-bila masa sahaja dalam proses itu, daripada pengimportan data sehinggalah pembinaan kedai anda daripada pasukan sokongan pelanggan kami yang memenangi anugerah.
Sokongan Shopify tersedia 24/7, tidak kira mana-mana pelan yang anda langgan. Anda juga akan mempunyai akses kepada dokumentasi bantuan, webinar, siaran blog dan kursus dalam talian untuk membimbing anda sepanjang proses.
Sokongan Shopify tersedia 24/7, tidak kira mana-mana pelan yang anda langgan. Anda juga akan mempunyai akses kepada dokumentasi bantuan, webinar, siaran blog dan kursus dalam talian untuk membimbing anda sepanjang proses.
Terokai sumber
Ketahui sebab banyak jenama mula beralih
Terokai bahan sumber yang berguna tentang kelainan yang membezakan Shopify berbanding dengan GoDaddy.

Menjual dalam talian
10 pembina laman web terbaik untuk kedai dalam talian anda
Pembina laman web terbaik untuk perniagaan kecil adalah berdasarkan pada titik harga, kemudahan penggunaan, bilangan ciri dan tahap penyesuaian.

Menjual dalam talian
10 pendaftar nama domain terbaik untuk digunakan sekarang
Teroka pendaftar domain terbaik, serta kekurangannya, apabila anda menyediakan laman web, membeli domain, mendaftarkannya dan mengehoskan laman anda pada pelayan.

Menjual dalam talian
Peluang mengetuk pintu: cara jualan dari pintu ke pintu membawa produk Moab Provisions ke rak kedai
Ketahui cara Matt Edwards, pengasas Moab Provisions, memperoleh 6 angka pendapatan dengan menawarkan produknya di hadapan pelanggan mengikut cara lama: dari pintu ke pintu dengan peruncit.

Pusat bantuan
Bermigrasi daripada GoDaddy
Panduan ini menggariskan cara memigrasikan kedai anda ke Shopify daripada GoDaddy.
Soalan lazim
Shopify vs. GoDaddy
Beralih kepada platform semua dalam satu
Cuba Shopify secara percuma dan nikmati 3 bulan pertama anda untuk USD 1/bulan bagi pelan terpilih. Terokai semua alatan dan perkhidmatan yang anda perlukan untuk mengendalikan kerumitan perniagaan anda daripada platform internet yang paling boleh disesuaikan.